Sunday, January 1, 2012

Selamat Datang

Assalamualaikum w.b.t;

Salam Sejahtera;

Salam 1 Malaysia;

Ini bukanlah kali pertama saya ber"Blogging", sebelum dua tiga blog saya sudah buat dan kesemua blog tersebut menceritakan dan berkongsi tentang hobi saya tentang memancing, bertani dan lain-lain. Macam mana pun, saya tak sempat nak update blog-blog tersebut dan mengambil keputusan untuk memadamkan blog-blog tersebut sehinggalah pada satu ketika saya mendapat ilham untuk membuat blog dan menjana pendapatan dengan bisnes on-line.

Saya bukanlah orang bisnes, tetapi apa yang saya pegang ialah usaha tangga kejayaan - dimana ada ruang disitu ada jalan. Selain itu juga saya menjalankan bisnes on-line ini adalah bagi menambah pendapatan keluarga sekiligus menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Apapun saya mengucapkan selamat datang ke blog Azam Agro - "Pertanian adalah perniagaan" dan selamat "membeli-belah".

Jika berminat dengan sebarang produk / perkhidmatan yang saya tawarkan dalam blog ini jangan segan untuk menghubungi saya seperti berikut:-

Alamat mel : mohd.azam.kamarudin@gmail.com
No. telefon : 019-9690475 / 014-8470475

Sekian, Terima Kasih

No comments:

Post a Comment