Tuesday, April 24, 2012

Sistem Fertigasi 200 Pokok Cili Bara

Assalamualaikum W.B.T , Salam Sejahtera, dan Salam 1Malaysia

Saya ingin menjual 1 set fertigasi lengkap 200 pokok cili bara dengan tawaran harga RM 2000.00 berserta pemasangan dan penghantaran percuma di sekitar daerah Kuantan. Set ini dijual lengkap dan didatangkan dengan peralatan seperti berikut:-

1. Tangki Air 250 Gallon
2. Pam 1/2 Hp
3. PoliPaip 16 MM
4. Set Driper + Mircotube 4 mm + Nipple Stater
5. Polibeg Hitam
6. Sabut kelapa
7. hamparan silvershine
8. Alatan piping
9. Tong Baja AB 160 L
10. Baja AB 100 L (5set)
11. Anak pokok cili bara (usia sekarang 2 minggu)
12. Khdimat nasihat dan pemasangan serta penghantaran percuma (sekitar daerah kuantan sahaja- tapi kalau ada permintaan dr luar boleh adjust kot)

Cepat ada satu set je..

Kebun Cili Fertigasi Rompin Musim 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia...

Projek kebun fertigasi cili rompin musim kedua telah bermula pada lewat Disember 2011 sehingga hari ini, alhamdullilah kebun fertigasi cili padi di Rompin telah membuahkan hasil. Sejumlah 572 pokok berjaya ditanam menggunakan kaedah fertigasi dan hasilnya seperti gambar-gambar berikut;

Hasil pertama 5.85 Kg

Rajin ini memang boleh buat menantu

Salah satu pokok yang tengah produktif mengeluarkan buah

Kolam renang bukan saiz olimpik

Sebahagian kebun (tak nampak buah merah pasal telah dikutip habis)

Purata saiz buah cili

Anak saya malu nak tangkap gambar

Apapun semua adalah rezeki hasil usaha bapa mertua dan adik ipar saya yang menjaganya (modal dan teknik datang dari saya juga he... he.. he..) tak banyak sedikit pun ianya mampun untuk menanggung perbelanjaan dapur keluarga mertua saya dan saya sendiri.

Kalau berminat untuk mengusahakan kebun seperti ini, jangan segan jangan malu bertanya saya memberikan khidmat konsultan dengan prinsip "buat sampai jadi".

Sekian post saya terima kasih.









Sunday, February 19, 2012

Pelanggan Set Lengkap Fertigasi Mini 30 Pokok Cili

Terima kasih dan tahniah kepada En. Ariffin Bin Dollah kerana memilih untuk membeli dan mendapatkan perkhidmatan set lengkap fertigasi mini. Kali ini En Ariffin telah memesan set lengkap fertigasi mini 30 pokok cili.

Azam Agro selepas ini akan turut menyediakan perkhidmatan dan jualan set fertigasi mini dari 10 pokok hingga ke 50 pokok dengan harga yang berpatutan dan pihak kami menawarkan penghantaran dan pemasangan percuma di sekitar Kuantan, Pahang. (Belum ada masa untuk buat di luar daerah). Bagaimanapun jika ada kelapangan dan permintaan dari luar daerah terutamanya di Pekan, dan Rompin Insya Allah akan saya usahakan.

Selepas ini juga saya merancang untuk menyediakan perkhidmatan memasang, mengatur dan khidmat nasihat kepada pengusaha fertigasi untuk kebun yang lebih besar sama ada 100 pokok mahupun 4000 pokok.

Berminat untuk bertani dan menjana pendapatan dari hasil bumi, hubungi atau sms saya untuk keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih

Tuesday, February 14, 2012

Set Mini Fertigasi - ''Boleh ke saya nak tanam pokok guna sistem fertigasi?'

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

'Boleh ke saya tanam pokok bunga guna kaedah fertigasi?'. Saya jawap mungkin boleh dan memberikan kesan yang lebih baik berbanding kaedah biasa. Selain itu, kaedah ini baik digunakan oleh mereka yang tidak mempunyai masa terluang terutamanya untuk membajai pokok bunga kesayangan anda.

Saya bagaimanapun masih belum mencuba kaedah ini, saya bagaimanapun berharap agar ada yang berminat untuk mencuba kaedah ini supaya memohon saya untuk memasangnya.

Sekian, Terima Kasih


Saturday, February 11, 2012

Pelanggan Pertama Azam Agro Set Lengkap Fertigasi Cili

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada saudara Fairuz Thien kerana menjadi pelanggan pertama set lengkap cili fertigasi. Sebagai promosi saya telah menghadiahkan kepada beliau pokok-pokok cili yang telah berumur 2 bulan dan siap sedia berbunga dan berbuah.

Selepas ini akan ada pelanggan untuk set lengkap fertigasi pokok cili dan saya akan updatekan laporan pelanggan yang seterusnya.

sekian, terima kasih


Sunday, January 29, 2012

Fertigasi 1001 Teknik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entry kali ini bukanlah hendak menjual produk mahupun perkhidmatan, sebaliknya saya ingin berkongsi dengan pembaca budiman tentang teknik ataupun kaedah penjimatan mengusahakan tanaman secara fertigasi. Kaedah penjimatan ini adalah pengalaman saya sendiri dan dari sumber-sumber berkaitan tanaman secara fertigasi.

Umum semua tahu, fertigasi adalah satu kaedah penanaman moden yang melakukan pengairan dan pembajaan serentak keatas tanaman. Mengikut pemahaman saya, kaedah fertigasi ini juga diolah dari kaedah hidroponik. Penanaman menggunakan kaedah fertigasi memberi beberapa kebaikan antaranya nutrien dikawal mengikut pertumbuhan pokok, mengatasi masalah penyakit bawaan tanah, penggunaan baja yang cekap, terjamin kebersihan dan menghindari penyakit, kualiti hasil yang lebih baik, mengawal masalah rumpai, dan modal pusingan yang rendah. Bagaimanapun umum diketahui modal awal yang tinggi diperlukan untuk permulaan projek fertigasi ada sehingga mencecah RM 200K. Bagaimanapun berikut adalah beberapa kaedah atau cadangan yang boleh digunapakai dalam mengurangkan kos permulaan projek fertigasi:-

1. Biji Benih

Cuba menggunakan biji benih yang boleh diproses sendiri, tertutamanya untuk penanaman cili. Walaupun kos untuk mendapatkan biji benih murah tetapi dengan sedikit usaha pasti ada sedikit pengurangan dalam kos projek. bagaimanapun pastikan bijih benih diperolehi dari buah yang berkualiti dan baik.

2. Medium Tanaman

Cuba menggunakan medium tanaman yang murah dan mudah untuk diperolehi. Kebun saya di Kuala Rompin menggunakan kebanyakkannya sekam padi sebagai medium tanaman kerana sabut kelapa susah diperolehi dan kos yang perlu dibawa dari Kuantan agak tinggi. Sebaliknya sekam padi boleh diperolehi percuma dari Kilang Bernas, Sepayang, Kuala Rompin. Disini saya sudah jimat hampir RM 1K.

3. Struktur Pelindung Hujan.

Saya tidak menggunakan struktur pelindung hujan (SPH) dan SPH merupakan penyumbang terbesar dalam kos projek fertigasi. SPH perlu digunakan jika kawasan tersebut menerima hujan lebat yang berpanjangan contohnya seperti di Cameron Highlands. Melainkan anda mendapat bantuan dari Jabatan-jabatan kerajaan dalam membangunkan projek fertigasi.

4. Polibeg

Hitam atau putih? dua-dua boleh dipakai tetapi kos untuk membeli polibeg putih adalah lebih mahal berbanding polibeg hitam. Lagipun melalui pengalaman saya penggunaan polibeg putih kurang memberangsangkan kerana polibeg putih mudah terkoyak dan mereput berbanding hitam. Jadi saya telah kerugian dalam kos membeli polibeg.

5. Pengurusan Tapak

Sebaiknya anda merancanglah dahulu bagaimana rupa bentuk tapak projek fertigasi anda. Permulaan projek fertigasi saya tidak merancang atas kertas sebaliknya terus melaksanakan mengikut akal fikiran saya, akhirnya saya terpaksa menanggung kos baru untuk menyusun tapak projek fertigasi saya. Pengurusan tapak yang baik menjamin tiada pengulangan kos atau pembaziran projek. Perancangan yang baik juga menjamin kualiti pengeluaran dan boleh mengatur kos keperluan projek.

6. Penggunaan Baja

Disini mungkin ada pengusaha yang tidak sependapat dengan saya, mengikut pengalaman saya melalui projek di Rompin saya hanya menggunakan Baja AB stater dengan bantuan baja organik dan kimia tambahan (tahi ayam / baja foliar). Baja AB Starter lebih murah berbanding baja AB buah. Bagaimanapun jika anda berkemahiran sendiri membuat bancuhan baja lagi bagus.

Apapun ini adalah beberapa langkah yang boleh diambil sebagai langkah atau kaedah penjimatan dalam menjayakan projek fertigasi anda.

Selamat mencuba.

Sunday, January 15, 2012

Set Fertigasi Mini DIY 20 Pokok Cili

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti yang dimaklumkan set fertigasi mini DIY 20 pokok cili sudah tiba. Set ini didatangkan lengkap dari A-Z bagi mereka yang berminat untuk berkebun secara kecil-kecilan di halaman belakang rumah mahupun di persekitaran rumah bagi mencantikkan landskap rumah dengan pokok sayuran.
Anda hanya perlukan keluasan 20 kaki x 5 kaki, dan kawasan rata (tanah tidak perlu subur).

Harga permulaan bagi set ini adalah cuma RM 430.00 dan pemasangan adalah percuma bagi tempahan di sekitar daerah Kuantan, serta khidmat nasihat percuma.

Harga tidak termasuk kos penghantaran dan ubahsuai mengikut keperluan dan kehendak anda juga boleh di bincangkan.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Senarai harga dan barang boleh download disini

"Jadikan tanah sekangkang kera anda di belakang rumah sebagai sumber pendapatan yang lumayan, berbudi pada tanah banyak keuntungan". Hubungi saya no telefon 014-8470475 untuk keterangan lanjut.